Disember : Bulan Penilaian Perniagaan Internet Anda
2 12 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Diam tak diam, kita sudah pun berada di penghujung tahun 2008. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Tup-tup, kita sudah tiba di bulan Disember.
Apa yang perlu anda lakukan pada bulan ini selain menjual produk sama ada digital atau fizikal di internet?
Penilaian…
Ya! Jika anda sudah lama memulakan perniagaan internet sejak awal tahun 2008, bulan ini merupakan bulan yang paling sesuai untuk menilai setakat mana pencapaian yang telah anda perolehi melalui perniagaan internet.
Atau, jika anda sudah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan internet, anda boleh membandingkan pencapaian dan kemajuan tahun-tahun lepas dengan tahun ini.
Tetapi.. bagaimana cara yang tepat untuk anda membuat penilaian? Berikut adalah beberapa ‘guideline’ mudah untuk anda :
- Menilai sejauh mana anda meningkatkan kemahiran dari segi teknikal dalam proses membina sebuah perniagaan internet.
- Melihat sebanyak mana “prospek berkualiti” yang telah anda miliki.
- Menilai semula teknik-teknik pemasaran yang telah anda lakukan dan membuat perbandingan antara teknik tersebut yang manakah paling LUMAYAN.
- Jumlah pendapatan yang anda perolehi berbanding bulan atau tahun lepas.
- Berapa ramai otai-otai IM yang mengenali dan membantu anda menjayakan serta memajukan perniagaan internet anda!
Rasanya cukup setakat itu dahulu. Anda boleh tambahkan lagi beberapa penilaian yang anda fikirkan sesuai.
Setiap kelemahan yang anda perolehi, perlulah diperbaiki pada pada setiap hari dan tingkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan internet agar terus maju. Selamat nerjaya saya ucapkan!
Sekian,
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Sistem eProtect | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Categories : Motivasi, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

































KOMEN SEMASA