Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Gagal Urus Hutang | Pengurusan Kewangan Lemah

5 08 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedar atau tidak, rata-rata masyarakat di Malaysia masih lemah dalam menguruskan kewangan peribadi. Ini telah dibuktikan sendiri oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sejak penubuhan AKPK sehingga akhir Jun 2008, sebanyak RM520 juta hutang tidak berbayar membabitkan 7,298 peminjam diuruskan oleh AKPK! Perghh… satu jumlah yang agak banyak!

Masalah kegagalan membayar balik hutang ini berpunca daripada masalah pengurusan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22% dan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal sebanyak 25%.

Kumpulan atau golongan yang berpotensi menghadapi masalah kewangan yang serius ialah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Bagaimana dengan anda? Berapa pendapatan anda sebulan? Adakah kewangan anda juga terjejas? Sila nilai semula kedudukan kewangan anda.

Masalah kewangan ini selain kegagalan menguruskan kewangan dengan baik, ialah faktor-faktor seperti kos sara hidup yang sentiasa meningkat naik lebih cepat berbanding kenaikan gaji atau pendapatan tahunan. Tambahan pula, kenaikan kos bahan api (minyak) dan makanan memberikan kesan yang besar khususnya golongan yang tinggal di kawasan bandar.

Saya yakin, anda kini jelas dengan faktor yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan kewangan anda.

AWAS kepada pemegang kad kredit! Berhati-hatilah menggunakan kad kredit. Gunakan hanya apabila perlu dan bayar tepat pada masanya. Bagi anda yang mempunyai hutang pinjaman bank, jangan sesekali gagal membayarnya setiap bulan!

Akhir kata, jadikan artikel ini sebagai pengajaran buat anda.

p/s : Saya sedang menyiapkan projek terbaru. Nantikan kemunculannya akhir bulan ini..

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Beras, Minyak dan Tambang Naik | Sumber Pendapatan Kedua

30 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga beras yang mendadak sehingga memaksa kerajaan mengimport beras daripada Thailand dalam jumlah yang banyak. Selang beberapa hari, harga minyak pula telah diumumkan naik dari RM1.92 per liter, kini menjadi RM2.70 per liter!

Semalam pula, di akhbar Utusan Malaysia Online, kerajaan Malaysia bersedia menimbangkan permintaan Persatuan Bas Seluruh Malaysia mengenai tambang bas ekspress yang baru. Kali terakhir tambang bas express di naikkan ialah pada tahun 2005.

Nampaknya, kenaikan harga di beberapa peringkat bagi barangan keperluan pengguna memang tidak dapat dielakkan. Malah inflasi semasa pada waktu ini juga amat tinggi iaitu hampir 8%. Kuasa beli rakyat semakin kurang walaupun memperolehi kenaikan gaji setiap tahun.

Apa rancangan anda untuk berdepan dengan masalah kewangan seperti ini?

Langkah berjimat cermat hanyalah langkah sementara sahaja. Ia tidak mampu mengurangkan 100% tekanan krisis kewangan yang sedang kita hadapi. Saya yakin dan pasti ramai di antara kita telah berjimat cermat dari sejak dulu lagi. Bila harga barang dan minyak naik, apa lagi yang mereka boleh kurangkan perbelanjaan?

Penjimatan yang boleh dilakukan oleh golongan sederhana tidaklah banyak, sekitar 10% sahaja. Berapa sangatlah nilai 10% tu, sedangkan apabila harga barangan naik, sudah tentulah perbelanjaan bertambah dek kerana barangan tersebut adalah barangan keperluan harian.

Maka dengan itu, kita sepatutnya mempertimbangkan sumber pendapatan kedua. Banyak peluang-peluang yang boleh anda rebut sama ada secara online mahupun offline. Berikut beberapa sumber pendapatan kedua yang boleh anda pertimbangkan :

  1. Perniagaan Internet
  2. Multi Level Marketing
  3. Agen Insurans dan Unit Amanah
  4. Berniaga di Pasar Malam
  5. Jual Perkhidmatan. Jangan jual sendiri sudah. :-p

Sebenarnya banyak lagi sumber pendapatan kedua yang boleh anda usahakan. Contohnya perniagaan internet juga mempunyai pelbagai bidang dan cabang. Ia tidak terhad. Apa yang penting anda kreatif dan mempunyai inisiatif terhadap diri sendiri.

Pilihan sumber pendapatan kedua saya ialah perniagaan internet. Selain ia mudah, banyak masa boleh diluangkan di rumah. :-)

Berminat nak berniaga secara online? Mahu memiliki perniagaan internet sendiri? Just contact saya jer.. InsyaAllah saya akan bantu anda. Nak contact saya, klik disini atau chat dengan saya melalui Google Talk : petuajimatduit[a]gmail.com. Tukarkan [a] pada @.

p/s : Robert T. Kiyosaki berkata, sumber pendapatan kedua paling HEBAT ialah perniagaan, pelaburan dan hartanah. Mana satu pilihan anda?

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Dana Unit Amanah Jatuh Teruk | Apa Dah Jadi??

25 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpaksa menulis post ini sekali lagi kerana post semalam yang saya tulis hilang macam tu jer.. Saya tidak pasti mengapa.  Agak sedih juga kerana post tersebut panjang dan penuh dengan info yang anda perlu tahu. :-(

Apa pun, saya cuba berusaha dengan sebaik mungkin. Sudah lama saya tidak postkan topik berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan. Hari ini saya akan bercerita mengenai pelaburan Dana Unit Amanah.

Tentu anda pernah mendengar Public Mutual bukan? Rata-rata ramai yangberminat melabur di dalam Public Mutual (Public Bank). Apa dana yang menarik? Salah satu dana terbaik oleh Public Mutual ialah Public Ittikal Fund.

Sedarkah anda, pada November 2007, Public Ittikal Fund ini telah mencapai paras tertinggi iaitu sekitar RM1.1300 seunit. Jika anda semak semula dana tersebut pada hari ini (22hb Julai ‘08), nilainya telah jatuh kepada RM0.8590 seunit! Kejatuhan yang agak mendadak!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada RM1.1300, nilainya pada hari ini ialah RM7,600 jer!

Sekarang, kita tengok pula satu lagi dana iaitu Public Islamic Asia Dividend Fund. Ia telah di lancarkan pada Mei 2007 dengan harga seunit ialah RM0.25. Paras tertinggi yang telah dicapai ialah sekitar RM0.2830 seunit pada bulan Disember 2007. Jangan terkejut jika saya katakan, nilainya pada beberapa hari lepas ialah RM0.1987 seunit! Hari ini (22hb Julai ‘08) nilainya ialah RM0.2007 seunit!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada harga RM0.2830 seunit, nilainya pada hari ini ialah RM7,090 jer!

Apa yang hendak saya beritahu kepada anda ialah :

  • Tidak kira sama ada dana tersebut adalah yang terbaik dan hebat, ia tidak akan kekal terbaik!
  • Melabur di dalam Unit Amanah ini mempunyai risikonya juga. Jadi anda perlu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi! Ramai orang melakukan kesilapan kerana tidak menjual semasa harga tinggi..
  • Walaupun terdapat dana unit amanah baru yang muncul, tidak semestinya harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah. (Biasanya harga permulaan bagi seunit ialah RM0.2500).
  • Lakukan kajian dan analisis terlebih dahulu sebelum melabur di dalam Unit Amanah. Jangan bergantung semata-mata kepada agen sahaja..

Pesanan saya ialah, bertindaklah secara bijak. Jangan mengikut kata dan nasihat orang melainkan jika mereka benar-benar berjaya di dalam pelaburan Unit Amanah.

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Saya Mahu Bantu Anda | Hadiah Percuma

9 07 2008

Perhatian : Kepada pembeli ebook Rahsia Teknik Mudah (Teknik Simple) pada 1- 8 Julai ‘08, terdapat sedikit masalah untuk mendownload ebook tersebut, namun masalah teknikal telah dapat diatasi semalam. Manakala kepada pelawat www.krisiswang.com yang telah subcribe untuk mendapatkan ebook percuma, masalah teknikal sedang di atasi di mana anda tidak mendapat email untuk link download ebook tersebut. Ia akan selesai selewat-lewatnya 14 Julai 08.

==========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sedang melakukan proses kajian terhadap minat dan masalah yang anda hadapi mengenai perniagaan internet dan juga pengurusan kewangan. Kedua-duanya adalah bidang yang berbeza.

Hasil daripada kajian tersebut, saya akan sedaya upaya untuk membantu anda kelak selain memberikan tip-tip melalui blog ini. Oleh itu, saya perlukan bantuan anda untuk menjawab 2 soalan yang telah saya sediakan.

www.petuajimatduit.com/survey

Saya perlukan jawapan yang lengkap dan tepat agar mudah untuk saya memberikan panduan dan pendapat atas masalah yang sedang anda hadapi.

Sebagai tanda penghargaan saya atas usaha anda menjawap 2 soalan tersebut, saya dengan sukacitanya memberikan sebuah ebook mengenai pengurusan kewangan sesuai untuk rakyat Malaysia. Ebook tersebut bertajuk “90 Days Financial Freedom in Malaysia” yang mengandungi 76 muka surat.

Sekali lagi saya menjemput anda untuk menyertai kajian saya ini dan menerima ebook percuma tersebut dalam tempoh 24 jam.

www.petuajimatduit.com/survey

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Pelaburan Mana Yang Terbaik?

7 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“En. Dlie, tolong beritahu saya pelaburan mana yang terbaik? Saham ke, forex ke atau unit amanah? Saya tidak mempunyai masa nak kaji, jadi saya harap En. Dlie boleh beritahu saya secepat mungkin. Harap En. Dlie dapat membantu saya…”

Saya selalu menerima email seperti di atas. Persoalannya ialah, siapa saya untuk menentukan pelaburan mana yang terbaik?? Bukan saya bermaksud bahawa saya tidak layak, tetapi saya bukanlah orang yang tahu segala-galanya. Hatta jika di tanya kepada pengurus bank sekalipun, mereka akan berfikir dahulu sebelum menjawab soalan seperti itu.

Jawapan bagi setiap individu adalah berbeza. Jika anda bertanya kepada pengurus bank, sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa produk merekalah yang terbaik. Jika di tanya kepada ejen Unit Amanah, sudah tentu mereka akan menawarkan pelbagai pakej produk Unit Amanah.

Jadi di sini, tidak kira siapa sekalipun anda bertanya, jawapannya tetap berbeza…

Robert T. Kiyosaki, Azizi Ali, Warren Buffet dan Donald Trump telah menjelaskan dengan terperinci mengenai pelaburan. Pelaburan ini melibatkan 3 jenis pelaburan yang terbukti menjadikan seseorang itu kaya raya dan jutawan. Apa jenis pelaburan tersebut?

3 jenis pelaburan yang saya maksudkan ialah :

  1. Perniagaan
  2. Saham
  3. Hartanah

Ya! Umumnya anda sendiri tahu bukan…!

Akan tetapi berapa ramai yang benar-benar berjaya di dalam ketiga-tiga bidang di atas? 90% perniagaan baru gagal selepas 3 tahun beroperasi. Begitu juga ramai pelabur-pelabur saham dagangan mengalami kerugian yang begitu banyak sehingga di isytiharkan muflis.

Ramai juga yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah terperangkap dengan hutang dan penipuan dari syarikat pemaju yang akhirnya rumah atau premis tersebut terbengkalai atau terpaksa di lelong oleh bank.

Situasi ini membuktikan, tidak kira apa jua jenis pelaburan ianyan mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda perlu bijak mengawal risiko dan meminimumkan risiko yang ada. Tapi, bagaimana caranya?

Saya sependapat dengan Robert T. Kiyosaki yang mana pelaburan yang paling penting ialah “investing in financial education”. Ya! pelaburan di dalam pendidikan pengurusan kewangan. Robert T. Kiyosaki telah di ajar mengenai pengurusan kewangan selama 13 tahun sejak berumur 12 tahun sebelum dia benar-benar berjaya pada hari ini.

Bagaimana dengan anda? Cukupkah pengetahuan anda mengenai pengurusan kewangan? Belajar mengenai pengurusan kewangan bukan semata-mata menyimpan dan melabur tetapi ia juga melibatkan masa, emosi dan tindakan-tindakan lanjut. Anda tidak akan mampu belajar dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa dan juga pengalaman anda sendiri dalam menguruskannya.

Ksimpulan bagi topik hari ini, tidak kira apa juga bidang pelaburan baik perniagaan, hartanah dan saham mahupun seumpama dengannya tanpa mempunyai pengurusan kewangan yang cekap, anda sukar untuk berjaya dan mencapai kebebasan kewangan.

p/s : Fikir-fikirkan dan renungkan bersama..

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb