Kenaikan Harga Beras | Pendapat Pembaca
9 05 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beras tempatan dan juga import yang naik secara mendadak. Ramai di kalangan kita merungut dan mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu dan tidak kurang juga menyalahkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.
Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barangan ini, tetapi apa yang saya mahu sampaikan ialah mengenai persediaan yang perlu anda lakukan sebagai rakyat Malaysia untuk menghadapi masalah seperti ini.
Sebenarnya saya sendiri telah mengeluarkan sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” sejak bulan Januari 2008 yang lalu. Ebook ini adalah PERCUMA sahaja dan anda tidak perlu membayar sesen pun untuk mendapatkan ebook ini.
Alhamdulillah, dengan kelahiran ebook ini saya rasa bersyukur sangat kerana sedikit sebanyak dapat membantu segolongan daripada rakyat Malaysia cara bagaimana untuk berdepan dengan situasi krisis kewangan sebagaimana telah berlakunya krisis bekalan beras yang telah menjejaskan perbelanjaan harian kita.
Saya banyak menerima email dari para pembaca dan tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya mengenai ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini. Tidak kurang juga yang bercerita mengenai masalah masing-masing dan perubahan yang berlaku hasil dari intipati dan ilmu yang diperolehi daripada ebook ini.
Bukan saya mahu membanggakan diri, TIDAK! Tetapi saya cukup seronok kerana ebook ini dapat membantu ramai pembaca. Jika anda belum memiliki ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini, silalah ke laman web saya iaitu www.krisiswang.com.
Tips saya untuk anda pada hari ini ialah :
“Lakukanlah persediaan sebelum tibanya kesengsaraan. Contohilah Nabi Yusuf yang memerintahkan rakyatnya bercucuk tanam selama 7 tahun dan menyimpan sedikit dari hasilnya untuk keperluan semasa berlakunya kemarau yang dahsyat.”
Nabi Yusof sendiri menggalakkan umatnya menyimpan sedikit dari hasil yang diperolehi untuk kegunaan masa akan datang. Samalah halnya dengan saya dan anda juga yang perlu menyimpan sedikit wang gaji setiap bulan untuk keperluan masa akan datang. Jadikanlah peristiwa lepas sebagai pengajaran berguna untuk kita.
p/s : Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Ebook Percuma, Formula Kewangan Sihat, Pelaburan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Risiko, Report Percuma, Tips Kewangan, Tips Menyimpan
































KOMEN SEMASA