Inginkan Laman Web Anda Kelihatan Profesional? Dapatkan Pakej Grafik Paling Cun Disini!!
Powered by MaxBlogPress  

Sistem e-Protect | Keselamatan Website

22 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang tidak sedar, di dalam kita sedang berlumba-lumba membina perniagaan internet, terutamanya yang masih baru di dalam bidang ini, kita terlupa untuk memastikan keselamatan ‘download page’ agar tidak di ceroboh!

Hanya dengan melakukan carian di dalam enjin carian seperti Yahoo, Google dan yang lain-lain, dengan mudah ‘download page’ anda mudah ditembusi dan di akses oleh “mereka” yang tidak sepatutnya.

Peratusan kerugian amat TINGGI…..!

Biar saya ceritakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya…

Saya pernah menerima email dari seseorang yang bukan “salah seorang” dari pembeli ebook saya (produk digital) pada awal tahun ini. Pada masa itu, baru hampir sebulan saya mempromosikan ebook tersebut :

Di dalam email tersebut, “mamat” ni berkata dia dah pun download ebook tersebut dari ’download page’ saya secara PERCUMA! Saya amat terkejut dan lantas membalas email tersebut, tetapi tiada balasan dari “mamat” ni.. Perasaan saya pada masa itu, amat sedih. Penat-penat saya buat laman web cantik-cantik, redesign semula ebook tersebut, alih-alih ada orang “mencurinya” dengan mudah!

Terus terang saya katakan! Tidak mustahil produk digital anda (ebook) yang selama ini anda simpan di dalam hosting dan yakin ia selamat sebenarnya telah di curi beberapa kali!

Saya bernasib baik kerana “mamat” tersebut dengan “rela hati” menghantar email kepada saya bahawa beliau baru lepas mencuri ebook saya secara PERCUMA! Oleh sebab itu, saya telah mencipta Sistem e-Protect untuk melindungi ‘download page’ saya dari di ceroboh sekali lagi. Saya tidak mahu ebook dan produk digital yang saya usahakan selama ini dicuri dengan mudah!

Kepada anda dan juga usahawan internet terutamanya yang masih baru, anda pasti tidak mahu perkara yang berlaku kepada diri saya, juga berlaku ke atas diri anda. Elakkan ia terjadi!

“Mencegah itu lebih baik dari mengubati!”

Lakukan langkah awal dengan menempah Sistem e-Protect pada hari ini sebelum “anda berputus asa di dalam perniagaan internet”.

p/s : Perkara yang dianggap mustahil, tidak lagi mustahil bila ia benar-benar berlaku!

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Ini Satu Penipuan | Helah Digunakan Untuk Mengaburi Pengguna

24 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Celoteh saya pada pagi ini mungkin agak keras sedikit dan ia menjurus kepada skim Gores dan Menang yang ditawarkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menipu orang ramai. 

Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah mengharamkan skim Gores dan Menang ini kerana kebanyakkan syarikat-syarikat yang terlibat telah menipu beribu-ribu orang melibatkan kerugian beribu-ribu ringgit! Sehingga Jun 2007, sebanyak 3,528 kes saman telah difailkan dan 718 aduan telah diterima tanpa sebarang tindakan yang boleh diambil kerana pengguna tertipu sewaktu menandatangani kontrak sebagai “Pemenang Hadiah”.

AMARAN DAN AWAS!!
==================

Setelah kerajaan mengharamkan skim Gores dan Menang ini, beberapa syarikat yang terlibat telah menukar taktiknya. Jika dulu anda perlu mengores kupon untuk melihat apa hadiah yang bakal anda perolehi, tetapi kali ini anda hanya perlu membuat cabutan bertuah!

Kandungan kertas cabutan bertuah tidak menyatakan hadiah yang anda bakal perolehi, tetapi mempunyai label warna tertentu yang hanya boleh disemak di pejabat mereka. Anda akan dibawa ke pejabat untuk melihat hadiah tersebut. Sebelum anda boleh melihat hadiah yang bakal anda perolehi, anda dikehendaki mengisi beberapa borang termasuk anda di minta untuk memberikan kad bank atas alasan untuk melihat status baki yang anda miliki!

Sebenarnya anda ditipu! Tujuan mereka sebenarnya bukan melihat baki, tetapi memotong terus duit anda dengan jumlah tertentu dan anda tidak sedar duit di dalam bank anda telah pun dipotong secara automatik! Setelah itu, barulah mereka memaklumkan jenis bayaran yang dikenakan.

Bayaran tersebut adalah seperti cukai kerajaan, caj dan sebagainya sehingga berjumlah beribu-ribu ringgit! Kemudian barulah anda dibenarkan untuk melihat hadiah tersebut melalui satu “scanner” ke atas label warna yang anda perolehi. Apa yang menyedihkan, hadiah tersebut tidaklah seberapa!

Kepada anda dan pengunjung blog ini, berhati-hatilah dengan taktik yang digunakan. Syarikat Gores dan Menang ini mempunyai pelbagai cara untuk menipu orang ramai! Jangan sesekali anda di tipu oleh mereka!

Jika anda pernah ditawarkan hadiah atau cabutan bertuah, dan ragu-ragu dengan operasi mereka, sila hubungi terus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui email : e-aduan@kpdnhep.gov.my atau talian bebas tol : 1-800-886-800  atau SMS terus ke 32255.

Semoga apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa penipuan Gores dan Menang ini di beri pengajaran sepenuhnya oleh pihak yang berwajib!

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb