Ebook Anda Dicuri? Selamatkan dengan Sistem e-Protetc!! - Diyakini Fully Protector!
Powered by MaxBlogPress  

Strategi Pendapatan USD10,000 | Teknik dan Caranya

19 08 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya tidak berkesempatan untuk menulis. Tambahan pula, server hosting yang saya sewa menghadapi masalah yang serius. Habis semua fail-fail website dan blog di serang oleh hacker. Mujur mereka menyimpan ‘full backup’ bagi website saya, jika tidak sudah tentu sehingga hari ini saya tidak dapat menulis untuk anda.

Sebenarnya, tajuk di atas sekadar gimik sahaja. :-)

Walaupun begitu, USD10,000 mempunyai makna tertentu kepada saya. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti saya akan ceritakan makna sebenar disebalik nilai USD10,000 ini.

Posting kali ini saya hendak membawa anda kepada dunia perniagaan internet. Berdasarkan statistik hasil daripada kajian saya, 57 daripada 100 orang masih tidak tahu cara sebenar memulakan perniagaan internet dan bagaimana memulakannya.

Oppss… nampaknya saya dah bocorkan salah satu hasil daripada ’Survey’ saya yang lepas. :-)

Umumnya, perniagaan internet ini mempunyai 2 bentuk iaitu perkhidmatan dan juga produk. Contoh perniagaan internet berbentuk produk adalah seperti berikut :

Produk yang boleh dijual di internet ialah produk fizikal dan digital. Produk fizikal adalah barangan nyata seperti ‘Minyak Wangi One Drop Perfumes’. Manakala produk digital adalah seperti Pakej Grafik, Sistem e-Protect dan Rahsia Teknik Mudah.

Seterusnya perniagaan internet dalam bentuk perkhidmatan. Contoh perkhidmatan adalah seperti berikut :

Jika anda mahu menjual perkhidmatan anda di internet, pastikan anda mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan tersebut.

Contohnya, perkhidmatan yang anda ingin tawarkan ialah tuisyen secara online kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Jadi, subjek yang anda hendak ajar kepada pelajar tersebut mestilah kepakaran anda supaya sebarang soalan dapat dijawab dengan tepat dan cepat.

Apa pilihan anda? Menjual produk ataupun menjual perkhidmatan di internet? Jika anda bertanya kepada saya, saya memilih kedua-duanya sebagaimana contoh yang telah saya berikan kepada anda di atas tadi.

Bayangkan, melalui 1 minisite, anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Jika anda mempunyai 5 website, anda sudah menjana pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Manakala jika anda menjual perkhidmatan melalui 1 minisite sahaja, anda boleh mendapat sekitar RM1,000 sebulan atau lebih!

Pilihan di tangan anda. Semoga berjaya memilih perniagaan internet sendiri.

p/s : Lakukan satu demi satu dan pastikan ia belayar dengan selamat sebelum anda mula menjual produk atau perkhidmatan yang lain.

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Beras, Minyak dan Tambang Naik | Sumber Pendapatan Kedua

30 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga beras yang mendadak sehingga memaksa kerajaan mengimport beras daripada Thailand dalam jumlah yang banyak. Selang beberapa hari, harga minyak pula telah diumumkan naik dari RM1.92 per liter, kini menjadi RM2.70 per liter!

Semalam pula, di akhbar Utusan Malaysia Online, kerajaan Malaysia bersedia menimbangkan permintaan Persatuan Bas Seluruh Malaysia mengenai tambang bas ekspress yang baru. Kali terakhir tambang bas express di naikkan ialah pada tahun 2005.

Nampaknya, kenaikan harga di beberapa peringkat bagi barangan keperluan pengguna memang tidak dapat dielakkan. Malah inflasi semasa pada waktu ini juga amat tinggi iaitu hampir 8%. Kuasa beli rakyat semakin kurang walaupun memperolehi kenaikan gaji setiap tahun.

Apa rancangan anda untuk berdepan dengan masalah kewangan seperti ini?

Langkah berjimat cermat hanyalah langkah sementara sahaja. Ia tidak mampu mengurangkan 100% tekanan krisis kewangan yang sedang kita hadapi. Saya yakin dan pasti ramai di antara kita telah berjimat cermat dari sejak dulu lagi. Bila harga barang dan minyak naik, apa lagi yang mereka boleh kurangkan perbelanjaan?

Penjimatan yang boleh dilakukan oleh golongan sederhana tidaklah banyak, sekitar 10% sahaja. Berapa sangatlah nilai 10% tu, sedangkan apabila harga barangan naik, sudah tentulah perbelanjaan bertambah dek kerana barangan tersebut adalah barangan keperluan harian.

Maka dengan itu, kita sepatutnya mempertimbangkan sumber pendapatan kedua. Banyak peluang-peluang yang boleh anda rebut sama ada secara online mahupun offline. Berikut beberapa sumber pendapatan kedua yang boleh anda pertimbangkan :

  1. Perniagaan Internet
  2. Multi Level Marketing
  3. Agen Insurans dan Unit Amanah
  4. Berniaga di Pasar Malam
  5. Jual Perkhidmatan. Jangan jual sendiri sudah. :-p

Sebenarnya banyak lagi sumber pendapatan kedua yang boleh anda usahakan. Contohnya perniagaan internet juga mempunyai pelbagai bidang dan cabang. Ia tidak terhad. Apa yang penting anda kreatif dan mempunyai inisiatif terhadap diri sendiri.

Pilihan sumber pendapatan kedua saya ialah perniagaan internet. Selain ia mudah, banyak masa boleh diluangkan di rumah. :-)

Berminat nak berniaga secara online? Mahu memiliki perniagaan internet sendiri? Just contact saya jer.. InsyaAllah saya akan bantu anda. Nak contact saya, klik disini atau chat dengan saya melalui Google Talk : petuajimatduit[a]gmail.com. Tukarkan [a] pada @.

p/s : Robert T. Kiyosaki berkata, sumber pendapatan kedua paling HEBAT ialah perniagaan, pelaburan dan hartanah. Mana satu pilihan anda?

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Buat Duit USD1.00 + USD1.50 | The Death of JV Giveaways

28 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini Brad Smith (Easter JV) telah menulis satu ebook bertajuk The Death of JV Giveaways! Ia akan di lancarkan secara rasmi pada 31 Julai 2008.

Nampaknya, baru sahaja JV Giveaways nak bertapak di Malaysia, tiba-tiba sahaja hampir pupus! Ah… betul ke ni? Mungkin betul, dan mungkin tidak! Ebook The Death of JV Giveaways ini dijual pada harga USD27 selepas tamat tempoh promosi. Akan tetapi jika anda membeli ebook ini sebelum 31 Julai 2007, harganya USD7 jer.. Memang murah!

Psss.. Ia bukan semata-mata bercerita mengenai kematian JV Giveaways ini, tetapi ia lebih dari itu. Brad Smith telah bercerita di dalam ebooknya bagaimana dalam masa 3 tahun dia telah berjaya di dalam perniagaan internet hanya dengan memberikan Report PERCUMA!!.

free report jv

Jangan terkejut! Brad Smith telah berbesar hati mahu memberikan duit kepada anda! Ya, bukan USD0.50 seperti selalu, tetapi kali ini USD1.00 + USD1.50. Bagaimana caranya anda mahu dapatkan duit sebanyak tu dengan mudah?? Brad Smith telah membuat kira-kira kasar seperti berikut :

  1. Setiap ahli yang berdaftar di bawah anda, anda akan memperolehi USD1.00 (tak perlu bayar sesen pun).
  2. Setiap ahli yang berdaftar di bawah anda dan membeli ebook tersebut pada harga USD7, anda mendapat tambahan bonus USD1.50.

Berapa USD yang anda mahu dari JV Giveaways ini? Jika anda mempromosikan kepada 500 subribers anda dan 50 daripadanya mendaftar menjadi ahli di bawah anda, anda mendapat USD50! dan daripada ahli tersebut, 10 ahli telah membeli ebook The Death of JV Giveaways, anda mendapat tambahan sebanyak USD15! Semuanya USD65.00!

50 ahli berdaftar di bawah anda : 50 x USD1.00 = USD50

10 ahli berdaftar di bawah anda membeli ebook tersebut : 10 x USD1.50 = USD15.

Jumlah keseluruhan ialah USD65!

Peluang ini hanya datang sekali sekali dan ini adalah peluang terbaik anda untuk membuat sedikit duit! Brad Smith juga telah sudi memberikan lagi 4 bonus tambahan sebanyak USD400! Nampak seperti tidak logik, tetapi itulah kenyataannya!

Ini bukan satu penipuan. JV Giveaways telah beberapa kali menembusi negara Malaysia. Ramai usahawan internet terkenal mendapat hasil yang lumayan daripada tawaran ini! Cuba lihat post ini sewatu The Death of Network Marketing menyerang! Anda bila lagi??

Cepat DAFTAR SEKARANG sebelum Brad Smith menamatkan peluang ini pada 31 Julai 2008. Anda mempunyai 3 hari lagi!

P/s : Ini peluang keemasan buat anda. Rebut sebelum anda rugi kerana tidak berusaha mendapatkan USD1.00 dari Brad Smith!

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Sistem e-Protect | Keselamatan Website

22 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang tidak sedar, di dalam kita sedang berlumba-lumba membina perniagaan internet, terutamanya yang masih baru di dalam bidang ini, kita terlupa untuk memastikan keselamatan ‘download page’ agar tidak di ceroboh!

Hanya dengan melakukan carian di dalam enjin carian seperti Yahoo, Google dan yang lain-lain, dengan mudah ‘download page’ anda mudah ditembusi dan di akses oleh “mereka” yang tidak sepatutnya.

Peratusan kerugian amat TINGGI…..!

Biar saya ceritakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya…

Saya pernah menerima email dari seseorang yang bukan “salah seorang” dari pembeli ebook saya (produk digital) pada awal tahun ini. Pada masa itu, baru hampir sebulan saya mempromosikan ebook tersebut :

Di dalam email tersebut, “mamat” ni berkata dia dah pun download ebook tersebut dari ’download page’ saya secara PERCUMA! Saya amat terkejut dan lantas membalas email tersebut, tetapi tiada balasan dari “mamat” ni.. Perasaan saya pada masa itu, amat sedih. Penat-penat saya buat laman web cantik-cantik, redesign semula ebook tersebut, alih-alih ada orang “mencurinya” dengan mudah!

Terus terang saya katakan! Tidak mustahil produk digital anda (ebook) yang selama ini anda simpan di dalam hosting dan yakin ia selamat sebenarnya telah di curi beberapa kali!

Saya bernasib baik kerana “mamat” tersebut dengan “rela hati” menghantar email kepada saya bahawa beliau baru lepas mencuri ebook saya secara PERCUMA! Oleh sebab itu, saya telah mencipta Sistem e-Protect untuk melindungi ‘download page’ saya dari di ceroboh sekali lagi. Saya tidak mahu ebook dan produk digital yang saya usahakan selama ini dicuri dengan mudah!

Kepada anda dan juga usahawan internet terutamanya yang masih baru, anda pasti tidak mahu perkara yang berlaku kepada diri saya, juga berlaku ke atas diri anda. Elakkan ia terjadi!

“Mencegah itu lebih baik dari mengubati!”

Lakukan langkah awal dengan menempah Sistem e-Protect pada hari ini sebelum “anda berputus asa di dalam perniagaan internet”.

p/s : Perkara yang dianggap mustahil, tidak lagi mustahil bila ia benar-benar berlaku!

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Produk Sistem e-Protect Dilancarkan!! | Fully Protector

18 07 2008

Makluman

Produk Sistem e-Protect telah di lancarkan secara rasminya.

Anda dijemput untuk melayari laman web di bawah :

Sistem e-Protect

http://www.petuajimatduit.com/eprotect

==========================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya lahir juga produk Sistem e-Protect yang saya ambil masa kira-kira 2 minggu untuk dihasilkan. Saya cuba menghasilkan yang terbaik dan memastikan isi kandungannya berkualiti dan terkini.

InsyaAllah Sistem e-Protect akan membantu para IM (usahawan internet) tidak kira sama ada sudah lama berkecimpung di dunia perniagaan internet mahupun yang masih baru (newbie).

Jika sebelum ini anda ‘bingung’ bagaimana cara yang terbaik untuk menyimpan fail produk digital anda di dalam hosting kerana TAKUT diceroboh oleh pihak tertentu, kini anda tidak perlu risau memikirkan masalah tersebut.

Sistem e-Protect adalah jalan penyelesaiannya. Ia berfungsi melindungi ‘download page’ anda dari diceroboh TANPA KEBENARAN. Hanya anda dan pembeli sahaja yang boleh memasuki ruang ‘download page’ tersebut. Mereka atau sesiapa sahaja yang mahu memasuki ruang ‘download page’ anda, perlu memiliki KOD RAHSIA +Username dan Password sebelum boleh mendapatkan produk digital anda.

Untuk pengetahuan anda, Sistem e-Protect ini amat PRAKTIKAL dan MUDAH untuk dipasang. Langkah demi langkah telah ditunjukkan dan disertakan senarai semak untuk memastikan tiada kesilapan sewaktu konfigurasi di lakukan. Video juga disertakan.

Berita baiknya, saya telah menyediakan 7 BONUS dan saya bercadang untuk menambah lagi BONUS dari masa ke semasa! BONUS ini akan membantu dan memudahkan anda untuk memasang Sistem e-Protect pada ruang ‘download page’ anda.

Secara faktanya, 4 dari produk digital yang dijual secara online akan “dicuri”. Dalam erti kata lain, risiko kecurian produk digital anda ialah sebanyak 40%! Satu angka yang cukup tinggi!

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar! Anda lihat dan baca sendiri di dalam laman web Sistem e-Protect. Jika anda benar-benar mahu membuat keuntungan yang tinggi, jangan biarkan produk digital anda dicuri lagi selepas ini!

Harga yang ditawarkan memang “TIDAK MUNASABAH”. Anda boleh buat tempahan terus dengan klik butang di bawah ini.

Payment

p/s : Jika di ikutkan, ini adalah produk kedua saya untuk versi berbayar. :-)

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb