Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, hari ini saya telah pun selesai update version wordpress terbaru setelah 30 hari ia dilancarkan. Agak terlewat sedikit saya update, walaubagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar.
Sebelum saya bercerita mengenai kaedah alternatif terbaru (sebenarnya taklah baru sangat) bagaimana usahawan internet boleh memberikan support 24 jam kepada pelanggan tanpa memerlukan talian internet, suka saya maklumkan kepada anda bahawa saya telah menyediakan satu ruang khas yang “terhad” untuk meletakkan iklan di blog ini.
Cuba lihat sidebar di sebelah kanan, anda boleh letakkan iklan bersaiz 100 x 90 pada harga RM5.00 sebulan (cukup murah). Purata pengunjung yang melayari blog ini adalah sekitar 1,000 pengunjung sebulan. Bayangkan, jika 10% daripada pengunjung tersebut klik iklan anda, dengan mudah anda memperolehi 100 pengunjung sebulan. Jika 10 pengunjung daripada jumlah tersebut (10% juga) berminat dengan produk anda, secara tak langsung anda telah menjual 10 unit kepada mereka. Rm5.00 adalah berbaloi untuk anda laburkan!
Untuk tempahan iklan, sila klik link “tempah disini” di ruangkan iklan tersebut.
==========================
Support 24 Jam Tanpa Talian Internet
=========================
Jika anda perhatikan sidebar disebelah kanan atas, saya memberikan support 24 jam sentiasa ONN kepada pelanggan saya melalui Yahoo Mesengger (YM). Tentu anda sedikit hairan bukan, bagaimana saya boleh tawarkan servis tersebut.
Sebenarnya saya telah menggunakan servis YM for SMS yang telah disediakan oleh pihak Yahoo!. Servis ini amat sesuai kepada usahawan internet yang sering berurusan dengan pelanggan mereka melalui YM.
Jika dahulu anda perlu berurusan dengan pelanggan secara online dan terpaksa duduk di depan komputer setiap masa, tetapi dengan servis YM for SMS ini, anda boleh chat dengan pelanggan di mana sahaja anda berada hanya dengan menggunakan SMS. Ya! Ianya begitu mudah sekali.
Soalnya, bagaimana ia berfungsi?
Begini caranya. Andaikan seorang pelanggan anda telah ONN kan YM untuk berurusan dengan anda. Anda pula berada di luar talian tetapi ID YM anda telah berfungsi untuk menerima SMS. Paparan yang muncul disebelah ID YM anda ialah “I’m on SMS”. Apabila pelanggan anda tadi menghantar mesej (chat), secara automatik anda akan menerima SMS daripada pelanggan tersebut. Anda boleh balas mesej (chat) tersebut seperti mana anda menghantar SMS. Mudah bukan?
Untuk menggunakan servis YM for SMS ini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.20/RM0.30 bagi setiap mesej (SMS) yang anda hantar. Bagi SMS yang diterima, tiada sebarang caj dikenakan. Tiada caj tersembunyi! Caj tersebut berbeza bagi setiap telco. Bagi Celcom dan Maxis, caj sebanyak RM0.30 bagi setiap SMS, manakala Digi pula mengenakan caj sebanyak RM0.20 bagi setiap SMS.
Kepada usahawan internet yang sering keluar bertugas (out station), anda tidak perlu bimbang lagi mengenai setiap tempahan atau urusan yang memerlukan pelanggan menghubungi anda secara online. Gunakanlah YM for SMS. Anda juga tidak perlu mendedahkan no hp peribadi anda kerana servis YM for SMS menghalang “chatters” melihat no hp tersebut.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut cara menggunakan YM for SMS ini, sila layari web Yahoo di http://asia.mobile.yahoo.com/. Semoga kaedah alternatif ini memberikan manfaat yang besar kepada usahawan internet.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
KOMEN SEMASA