Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Berubah Menjadi Kaya | Mahu atau Tidak

4 06 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda perhatikan, rata-rata kebanyakkan orang di dunia ini mahu menjadi kaya tidak kira dewasa atau pun kanak-kanak. Cita-cita untuk menjadi kaya telah tertanam sejak di alam persekolahan lagi dengan impian untuk hidup mewah dan berkereta besar. :-)

Maka kerana itu, muncullah peluang-peluang untuk membuat duit dari pelbagai bidang. Serentak dengan itu, lahirlah pula mentor-mentor yang pakar dalam bidang masing-masing (buat duit). Ramai orang berlumba-lumba untuk menjadi seperti mereka dek kerana merasakan cara atau strategi yang digunakan untuk mengaut lebih banyak duit adalah lebih mudah.

Sedarkah anda bahawa kita telah di momokkan dengan “quick rich with easy way”?

Tidak ramai yang mengambil kisah atau mengkaji sesuatu bidang tersebut sebelum mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang yang di inginkan. Semuanya kerana gara-gara mahu mendapat pendapatan yang besar dengan segera!

Apa yang saya mahu sampaikan kepada anda pada hari ini ialah, semua orang sanggup berubah untuk menjadi kaya, akan tetapi tidak ramai yang sanggup mengambil risiko sewaktu tempoh perubahan dan meneruskan perjalanannya dalam bidang yang telah diceburi.

Sebagai contoh, anda telah maklum bahawa perniagaan internet mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda. Jadi, secara tidak langsung anda berminat untuk menceburi bidang ini. Setelah beberapa ketika, anda sudah pun memiliki sebuah web perniagaan dan tiba masanya untuk memasarkan produk anda.

Setelah beberapa hari dan bulan berlalu, anda baru sedar bahawa pendapatan yang anda terima bukanlah “terlalu senang” dan banyak kerja yang perlu dilakukan terutamanya promosi. Semakin lama, pendapatan anda semakin sedikit. Anda mula “give up” dan tiada idea lain untuk mengembangkan perniagaan internet anda. Akhirnya perniagaan anda terhenti begitu sahaja…

Percaya atau tidak, di luar pengetahuan anda dari 100 orang yang menceburi biadng perniagaan internet di dunia, hanya 1 - 5 orang sahaja yang berjaya meneruskannya untuk satu tempoh yang lama. Manakala selebihnya GAGAL dan terhenti setakat itu sahaja!

Pendek kata, jika anda mahu berubah untuk menjadi kaya, anda juga sepatutnya berubah menjadi seorang yang sanggup mengambil risiko yang lebih tinggi berbanding sebelum ini dan juga sanggup untuk meneruskan cita-cita anda tidak kira apa jua halangan yang mendatang.

Malah, jika ada sebarang kritikan yang anda terima sepanjang anda berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut, jadikannya sebagai “penasihat” untuk membetulkan kesilapan anda serta dorongan untuk anda terus maju. Jangan lupa untuk banyakkan belajar dari mereka yang telah berpengalaman.

Selamat maju jaya dan teruskan cita-cita anda untuk menjadi kaya! :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Panduan Forex Percuma | Projek Baru

22 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga saya menyepi akhir-akhir ini. Sebenarnya saya baru sahaja balik dari outstation 2 hari lepas. Awal bulan ini agak sibuk jugalah dengan kerja-kerja di pejabat. Alhamdulillah, setakat ini banyak kerja yang dah siap. :-)

Post kali ini pendek sahaja. Saya sedang mengusahakan sebuah web mengenai Forex yang mana kandungannya lebih kepada pembelajaran dan signal-signal PERCUMA. InsyaAllah ia akan di lancarkan dalam masa terdekat. Kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu hadapan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat dan cadangan mengenai laman web yang bakal siap ini nanti, silalah kemukakan kepada saya sama ada melalui email ataupun di dalam blog ini.

Untuk pengetahuan anda, isi kandungan laman web ini menjurus kepada teknik-teknik forex yang sering saya gunakan dan saya juga telah menyediakan tutorial bagi menggunakan teknik tersebut. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapat signal-signal PERCUMA setiap hari dan menjadikannya sebagai rujukan asas kepada anda.

Jadi, sebarang cadangan daripada anda amatlah di alu-alukan.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Mari Kenali Pengurusan Kewangan Pasangan Anda

8 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya hanya sempat post kan satu topik sahaja. Ini semua gara-gara saya agak sibuk dengan urusan di pejabat selain dari kerja-kerja teknikal perniagaan internet. Maklumlah, kerja di pejabat memerlukan perhatian yang lebih teliti memandangkan tugas saya menguruskan 2 akaun utama syarikat.

Baik, topik kali ini berkenaan dengan pengurusan kewangan pasangan anda. Ia lebih kepada mereka yang telah berkeluarga. Saya memilih topik ini kerana ia agak jarang di bincangkan walaupun ianya merupakan satu isu yang amat penting pada hari ini.

Kahwin

Jom kita lihat antara situasi yang mungkin pernah berlaku kepada diri anda :

“Aku cukup bengang dengan bini aku. Setiap bulan hampir separuh dari wang gaji bulanan kami habis hanya semata-mata untuk membeli kasut baru. Aku takut kalau-kalau tabiat isteri aku ni akan menyebabkan kami menghadapi krisis kewangan kelak…”

dan satu lagi situasi..

“Semasa aku baru je kahwin dengan suami aku, suka juga melihat kereta kami di ubahsuai, maklumlah masa tu berdarah muda. Tapi sejak ada dua orang anak ni, makin menjadi-jadi pula hobi suami aku tu. Banyak duit simpanan kami digunakan hanya untuk menjadikan kereta kami lebih hebat dan cantik. Entah macam mana nasib kami kelak bila simpanan kami habis…”

Dua situasi di atas merupakan luahan yang boleh dikatakan biasa kita dengar. Konflik kewangan di kalangan pasangan memang wujud. Ada pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tetapi hanya berbincang mengenai hal kewangan apabila timbul krisis kewangan yang sepatutnya di elakkan dari awal-awal lagi.

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk anda yang telah berkahwin bagi memastikan pengurusan kewangan anda dan pasangan anda berjalan dengan baik? Berikut adalah beberapa cadangan yang praktikal boleh anda lakukan.

budget

  • Salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincangan mengenai hal-hal kewangan.
  • Tanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbelanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
  • Beli dan bacalah buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
  • Bincangkan juga tentang impian kewangan anda serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
  • Bincangkan juga cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
  • Soal yang paling penting sekali ialah bagaimana anda dan pasangan anda boleh melindungi diri dan keluarga sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Maksud saya ialah perlindungan dari segi insurans seperti insurans perubatan, kemalangan dan sebagainya.
  • Bahagikan tanggungjawab menguruskan kewangan dan elakkan dari hanya seorang sahaja yang menguruskan kewangan.

Kesimpulannya, mahu atau tidak anda perlu menetapkan satu hari untuk “meeting” bersama pasangan anda di mana anda dan pasangan anda boleh menyedarkan diri mengenai status kewangan masing-masing.

Pilihlah satu masa yang sesuai. Berbincanglah secara baik dengan pasangan anda. Jangan asyik menonton TV dan Video sahaja. Apa yang penting ialah bersikap jujur, terbuka dan sanggup menerima hakikat walaupun pahit. Ingatlah! Ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan masa depan anda dan anak-anak.

p/s : Kadang-kadang kita takut untuk meluahkan sesuatu kerana khuatir pasangan tidak dapat menerima kelemahan yang ada.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Anda Menabung Untuk Apa Sebenarnya??

24 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika di tanya soalan “Anda menabung untuk apa sebenarnya??”, sudah tentu ramai yang menjawab untuk masa depan dan anak-anak. Tapi apa tujuan yang sebenar-benarnya? Apa matlamat atau perkara yang mendesak anda untuk menabung??

Bagi anda yang tidak tahu atau sukar untuk menabung, sila baca post yang lepas iaitu “Kesilapan Menabung dan Panduan Menabung Wang”. Sekurang-kurangnya anda akan tersedar dan membetulkan cara tabungan anda yang mungkin salah selama ini. :-)

Baik, kita teruskan dengan tajuk kita pada hari ini….

Tujuan anda menabung secara umumnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda pada masa akan datang. Sepanjang anda menjalani kehidupan di dunia ini ada beberapa punca utama yang menyebabkan anda menyimpan. Berikut adalah jenis tabungan yang paling penting dan perlu anda sediakan :

  1. Tabungan kecemasan
  2. Tabungan persaraan
  3. Tabungan pendidikan anak-anak
  4. Tabungan pembelian rumah
  5. Tabungan pembelian kereta
  6. Tabungan perkahwinan (yang masih bujang)
  7. Tabungan sementara - untuk perbelanjaan bulanan

Saya telah menyenaraikan 7 jenis tabungan yang paling penting. Antara senarai tersebut, yang mana satukah telah anda sediakan? :-D

Saya pasti, tidak kesemua jenis tabungan dapat anda sediakan secara serentak. Namun begitu, anda boleh menyediakannya satu persatu mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Tetapi janganlah pula agak terlewat menyediakan tabungan tersebut.

Sebagai contoh, anda mahu menyediakan tabungan untuk pendidikan unitversiti anak-anak, tetapi mahu menunggu umur anak anda mencecah 15 tahun. Pada masa itu anda hanya mempunyai masa 2 tahun sahaja untuk menyediakan sejumlah wang tabungan yang besar. Ini akan memberikan tekanan kepada diri anda kelak.

Oleh itu, sebaik-baiknya mulakan tabungan dari awal seperti menyediakan tabungan pendidikan anak-anak seawal umur mereka 1 bulan lagi. Bukan setakat tabungan pendidikan sahaja, malah tabungan lain juga elok di mulakan dengan lebih awal. Ini akan memberikan keselesaan pada diri anda kelak.

Di harapkan dengan tips kali ini, anda akan dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu tabungan khas (di antara 7 senarai tadi) untuk masa depan dan kesenangan anda. ;-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Rakyat Malaysia Tidak Tahu Cara Mengurus Kewangan

12 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terkejut dengan tajuk post kali ini? ;-) Mungkin anda berasa sedikit pelik dan hairan. Namun apa yang akan saya ceritakan ini merupakan suatu kenyataan yang tidak boleh tidak, anda harus menerima hakikat ini.

“En Dlie.. jangan tuduh kami sebarangan, kami tahu menguruskan duit kami sendiri…. jangan nak memandai-mandai..!!”

Mungkin ini yang akan anda katakan pada saya tetapi saya minta untuk anda membaca fakta yang paling penting ini untuk masa depan anda.

Satu kajian mengenai cara pengurusan kewangan rakyat Malaysia telah dilakukan oleh satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mana keputusannya amat mengecewakan telah disiarkan di majalah “Personal Money” (Majalah Tempatan). Keputusannya ialah sebanyak 64% rakyat Malaysia tidak tahu cara menguruskan kewangan mereka sendiri!. Selebihnya tahu tetapi tidak konsisten melakukannya dan tidak sampai 3% daripada rakyat Malaysia yang menguruskan kewangan dengan betul!

Ini sesuatu yang amat kritikal. Di saat negara Malaysia sedang melangkah untuk duduk sebaris dengan negara maju yang lain, tetapi rakyatnya masih menghadapi masalah untuk menguruskan kewangan dengan betul!

“En Dlie, betul ke ni? Kalau betul, macam mana nak tahu saya ni memang benar tidak pandai menguruskan kewangan?” :-(

Satu soalan yang baik! Ini jawapan yang sesuai untuk anda. Cuba lihat beberapa perkara di bawah ini. Jika ianya merupakan situasi yang sering anda hadapi, anda tergolong kepada golongan di atas.

  1. Bil utiliti (api, air & telefon) telah tertunggak lebih dari 2 bulan.
  2. Perbelanjaan melebihi pendapatan.
  3. Perbelanjaan banyak dilakukan atas barang yang tidak perlu.
  4. Aset kurang dari liabiliti semasa umur mencecah 40 tahun.
  5. Tiada simpanan atau simpanan tidak dapat menampung 3 - 6 bulan perbelanjaan bulanan.

Cukup rasanya senarai yang saya berikan ini. Jika anda rasa salah satu daripadanya terkena ke atas diri anda, cepat ambil tindakan segera sebelum anda “tewas” dan menjadi papa kedana. Anda boleh dapatkan ebook PERCUMA “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” untuk membantu dan membimbing anda menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Semoga fakta kali ini lebih menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai kepentingan menguruskan kewangan sendiri dengan cara yang lebih baik dan betul.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb