Konsep 1/3 Pengurusan Kewangan | Persediaan Untuk Bersara
3 11 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama juga saya tidak menyentuh mengenai pengurusan dan perancangan kewangan. Jadi, hari ini saya nak bercerita satu kisah yang boleh dijadikan panduan untuk diri anda dan anak-anak.
Sejak Ramli mula bersekolah dari darjah 1, ibunya sering berpesan agar menyimpan sebahagian wang belanja persekolahnya. Setiap hari ibunya memberikan wang belanja sebanyak RM1.50 sehari. Ramli telah diajar untuk menyimpan 1/3 daripada wang belanjanya iaitu RM0.50.
Tiap-tiap hari sebelum Ramli pergi ke sekolah, dia akan menyimpan RM0.50 terlebih dahulu ke dalam tabungnya. Bakinya sebanyak RM1.00 digunakan untuk berbelanja. Selama 6 tahun Ramli berada di sekolah rendah, beliau berjaya menyimpan sebanyak kira-kira RM600.
Masuk sekolah menengah, duit belanja Ramli sehari RM6 sehari. Dia tetap menyimpan RM2 iaitu 1/3 daripada wang belanjanya setiap hari. Selama 5 tahun Ramli menyimpan dan berjaya mengumpul RM2,000 menjadikan tabungannya berjumlah RM2,600.
Sewaktu menunggu keputusan SPM, beliau telah bekerja di sebuah kilang dengan pendapatannya termasuk ‘overtime’ berjumlah RM1,000 sebulan. Ramli telah menyimpan sebanyak RM330 daripada gajinya setiap bulan. Ini tidak menjadi masalah kepada Ramli kerana beliau tiada komitmen yang lain.
Keputusan SPM Ramli kurang baik, dan Ramli tidak berhasrat untuk menyambung pelajarannya. Maka dia terus bekerja di kilang tersebut sehinggalah umurnya mencecah 27 tahun. Sepanjang beliau bekerja selama 10 tahun di kilang tersebut, beliau telah menyimpan sebanyak RM39,600 menjadikan jumlah tabungannya berjumlah RM42,200!
Ramli akhirnya berkahwin dengan gadis pilihannya dengan kos perbelanjaan termasuk hantaran berjumlah Rm15,000 dan membeli sebuah kereta second hand secara tunai berharga RM20,000. Baki RM7,000 digunakan untuk simpanan kecemasan.
Ramli kini gembira dengan hidupnya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa…
Dari kisah yang saya ceritakan diatas, Ramli berkahwin dan memiliki kereta tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak bank. Kesemuanya menggunakan wang hasil tabungannya sejak kecil. Ini tidak di kira jika Ramli mendapat pekerjaan yang lebih baik atau mendapat kenaikan pangkat dan dividen yang diperolehi hasil dari simpananya.
Apa yang hendak saya sampaikan disini ialah, tidak terlambat untuk anda menabung sekarang. Tidak kira apa jua pekerjaan anda, simpalah walaupun dengan jumlah yang sedikit. Didiklah anak-anak anda untuk menabung mulai dengan jumlah yang kecil. Disiplinkan diri anda dan juga anak-anak untuk mencontohi sikap Ramli.
P/S : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sekian,
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Sistem eProtect | Pakej Grafik | Rekabentuk Website | Rahsia Teknik Mudah
Categories : Cari Duit, Formula Kewangan Sihat, Motivasi, Pengurusan Kewangan, Teknik Kekayaan, Tips Berbelanja, Tips Kewangan, Tips Menyimpan

































KOMEN SEMASA