Beras, Minyak dan Tambang Naik | Sumber Pendapatan Kedua
30 07 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga beras yang mendadak sehingga memaksa kerajaan mengimport beras daripada Thailand dalam jumlah yang banyak. Selang beberapa hari, harga minyak pula telah diumumkan naik dari RM1.92 per liter, kini menjadi RM2.70 per liter!
Semalam pula, di akhbar Utusan Malaysia Online, kerajaan Malaysia bersedia menimbangkan permintaan Persatuan Bas Seluruh Malaysia mengenai tambang bas ekspress yang baru. Kali terakhir tambang bas express di naikkan ialah pada tahun 2005.
Nampaknya, kenaikan harga di beberapa peringkat bagi barangan keperluan pengguna memang tidak dapat dielakkan. Malah inflasi semasa pada waktu ini juga amat tinggi iaitu hampir 8%. Kuasa beli rakyat semakin kurang walaupun memperolehi kenaikan gaji setiap tahun.
Apa rancangan anda untuk berdepan dengan masalah kewangan seperti ini?
Langkah berjimat cermat hanyalah langkah sementara sahaja. Ia tidak mampu mengurangkan 100% tekanan krisis kewangan yang sedang kita hadapi. Saya yakin dan pasti ramai di antara kita telah berjimat cermat dari sejak dulu lagi. Bila harga barang dan minyak naik, apa lagi yang mereka boleh kurangkan perbelanjaan?
Penjimatan yang boleh dilakukan oleh golongan sederhana tidaklah banyak, sekitar 10% sahaja. Berapa sangatlah nilai 10% tu, sedangkan apabila harga barangan naik, sudah tentulah perbelanjaan bertambah dek kerana barangan tersebut adalah barangan keperluan harian.
Maka dengan itu, kita sepatutnya mempertimbangkan sumber pendapatan kedua. Banyak peluang-peluang yang boleh anda rebut sama ada secara online mahupun offline. Berikut beberapa sumber pendapatan kedua yang boleh anda pertimbangkan :
- Perniagaan Internet
- Multi Level Marketing
- Agen Insurans dan Unit Amanah
- Berniaga di Pasar Malam
- Jual Perkhidmatan. Jangan jual sendiri sudah. :-p
Sebenarnya banyak lagi sumber pendapatan kedua yang boleh anda usahakan. Contohnya perniagaan internet juga mempunyai pelbagai bidang dan cabang. Ia tidak terhad. Apa yang penting anda kreatif dan mempunyai inisiatif terhadap diri sendiri.
Pilihan sumber pendapatan kedua saya ialah perniagaan internet. Selain ia mudah, banyak masa boleh diluangkan di rumah.
Berminat nak berniaga secara online? Mahu memiliki perniagaan internet sendiri? Just contact saya jer.. InsyaAllah saya akan bantu anda. Nak contact saya, klik disini atau chat dengan saya melalui Google Talk : petuajimatduit[a]gmail.com. Tukarkan [a] pada @.
p/s : Robert T. Kiyosaki berkata, sumber pendapatan kedua paling HEBAT ialah perniagaan, pelaburan dan hartanah. Mana satu pilihan anda?
Sekian,
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Buat Duit, Cari Duit, Pengurusan Kewangan, Perniagaan Internet, Tips Kewangan































KOMEN SEMASA