Ebook Anda Dicuri? Selamatkan dengan Sistem e-Protetc!! - Diyakini Fully Protector!
Powered by MaxBlogPress  

Konsep 1/3 Pengurusan Kewangan | Persediaan Untuk Bersara

3 11 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama juga saya tidak menyentuh mengenai pengurusan dan perancangan kewangan. Jadi, hari ini saya nak bercerita satu kisah yang boleh dijadikan panduan untuk diri anda dan anak-anak. :-)

Sejak Ramli mula bersekolah dari darjah 1, ibunya sering berpesan agar menyimpan sebahagian wang belanja persekolahnya. Setiap hari ibunya memberikan wang belanja sebanyak RM1.50 sehari. Ramli telah diajar untuk menyimpan 1/3 daripada wang belanjanya iaitu RM0.50.

Tiap-tiap hari sebelum Ramli pergi ke sekolah, dia akan menyimpan RM0.50 terlebih dahulu ke dalam tabungnya. Bakinya sebanyak RM1.00 digunakan untuk berbelanja. Selama 6 tahun Ramli berada di sekolah rendah, beliau berjaya menyimpan sebanyak kira-kira RM600.

Masuk sekolah menengah, duit belanja Ramli sehari RM6 sehari. Dia tetap menyimpan RM2 iaitu 1/3 daripada wang belanjanya setiap hari. Selama 5 tahun Ramli menyimpan dan berjaya mengumpul RM2,000 menjadikan tabungannya berjumlah RM2,600.

Sewaktu menunggu keputusan SPM, beliau telah bekerja di sebuah kilang dengan pendapatannya termasuk ‘overtime’ berjumlah RM1,000 sebulan. Ramli telah menyimpan sebanyak RM330 daripada gajinya setiap bulan. Ini tidak menjadi masalah kepada Ramli kerana beliau tiada komitmen yang lain.

Keputusan SPM Ramli kurang baik, dan Ramli tidak berhasrat untuk menyambung pelajarannya. Maka dia terus bekerja di kilang tersebut sehinggalah umurnya mencecah 27 tahun. Sepanjang beliau bekerja selama 10 tahun di kilang tersebut, beliau telah menyimpan sebanyak RM39,600 menjadikan jumlah tabungannya berjumlah RM42,200!

Ramli akhirnya berkahwin dengan gadis pilihannya dengan kos perbelanjaan termasuk hantaran berjumlah Rm15,000 dan membeli sebuah kereta second hand secara tunai berharga RM20,000. Baki RM7,000 digunakan untuk simpanan kecemasan.

Ramli kini gembira dengan hidupnya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa…

Dari kisah yang saya ceritakan diatas, Ramli berkahwin dan memiliki kereta tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak bank. Kesemuanya menggunakan wang hasil tabungannya sejak kecil. Ini tidak di kira jika Ramli mendapat pekerjaan yang lebih baik atau mendapat kenaikan pangkat dan dividen yang diperolehi hasil dari simpananya.

Apa yang hendak saya sampaikan disini ialah, tidak terlambat untuk anda menabung sekarang. Tidak kira apa jua pekerjaan anda, simpalah walaupun dengan jumlah yang sedikit. Didiklah anak-anak anda untuk menabung mulai dengan jumlah yang kecil. Disiplinkan diri anda dan juga anak-anak untuk mencontohi sikap Ramli.

P/S : Melentur buluh biarlah dari rebungnya. :-)

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Sistem eProtect | Pakej Grafik | Rekabentuk Website | Rahsia Teknik Mudah

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Kumpul Duit | Belanja Kahwin | Simpanan Tua

10 10 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejam celik pejam celik, tak sangka rupanya kita sudah berada di akhir tahun 2008. Selama hampir setahun ini, banyak juga rancangan dan aktiviti perniagaan yang saya lakukan. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak. Pasang surut perniagaan pasti ada. :-)

Baiklah, biasanya pada hujung tahun ini ramai juga yang mengadakan kenduri kahwin. Saya sendiri menerima banyak jemputan kahwin daripada rakan-rakan, jiran dan sanak saudara. Bermula dengan minggu ini salah seorang dari rakan saya akan melangsungkan perkahwinannya. Kemudian minggu hadapan pula, sepupu saya juga akan berkahwin. Ia berterusan sehingga penghujung tahun 2008.

Bagaimana dengan anda? Sudah memiliki keluarga sendiri? Jika belum, mari kita berfikir sejenak. Sudah cukupkah belanja perkahwinan anda? Di saat ini, krisis ekonomi dunia telah memberikan kesan sedikit sebanyak terhadap negara kita Malaysia. Kenaikan harga petrol, barangan makanan dan keperluan asas sudah tentu akan meningkatkan kos perbelanjaan perkahwinan.

Jika dulu dengan hanya RM5 ribu cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan (tidak termasuk wang hantaran), kini anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10 ribu (di bandar) bagi mengadakan majlis secara sederhana.

Mengumpul duit bagi mengadakan majlis perkahwinan itu amat perlu berbanding membuat pinjaman peribadi. Sudahlah dikenakan faedah yang perlu di bayar setiap bulan, malah anda terpaksa menanggung hutang tersebut selama 5 ke 10 tahun. Soalnya sekarang, sanggupkah anda “menghanguskan” pinjaman peribadi tersebut hanya semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan?

Mengumpul duit juga bukan semata-mata untuk majlis perkahwinan tetapi ia perlu berterusan. Tujuan utama anda perlu mengumpul duit adalah kerana beberapa sebab berikut :

  1. Sebagai tabung kecemasan.
  2. Tabung pendidikan anak-anak
  3. Tabung perubatan
  4. Tabung saraan untuk hari tua.

Paling kritikal dan mesti anda lakukan ialah menyimpan untuk hari tua. Selepas anda bersara (katakan umur 56 tahun) anda mempunyai masa yang amat lapang selama lebih kurang 15 ke 20 tahun tanpa bekerja kerana kudrat anda yang sudah tidak mampu lagi.

Cuba anda buat sedikit pengiraan mudah, berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk menyara hidup anda selama 15 ke 20 tahun tersebut?

Bergantung semata-mata kepada gaji untuk mengumpul duit atau wang mungkin agak sukar. Anda boleh dapatkan panduan dan cara-cara mengumpul duit dengan teknik yang paling kreatif dan efektif disini.

Sekian
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik MudahPakej Grafik | Rekabentuk Website

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Dana Unit Amanah Jatuh Teruk | Apa Dah Jadi??

25 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpaksa menulis post ini sekali lagi kerana post semalam yang saya tulis hilang macam tu jer.. Saya tidak pasti mengapa.  Agak sedih juga kerana post tersebut panjang dan penuh dengan info yang anda perlu tahu. :-(

Apa pun, saya cuba berusaha dengan sebaik mungkin. Sudah lama saya tidak postkan topik berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan. Hari ini saya akan bercerita mengenai pelaburan Dana Unit Amanah.

Tentu anda pernah mendengar Public Mutual bukan? Rata-rata ramai yangberminat melabur di dalam Public Mutual (Public Bank). Apa dana yang menarik? Salah satu dana terbaik oleh Public Mutual ialah Public Ittikal Fund.

Sedarkah anda, pada November 2007, Public Ittikal Fund ini telah mencapai paras tertinggi iaitu sekitar RM1.1300 seunit. Jika anda semak semula dana tersebut pada hari ini (22hb Julai ‘08), nilainya telah jatuh kepada RM0.8590 seunit! Kejatuhan yang agak mendadak!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada RM1.1300, nilainya pada hari ini ialah RM7,600 jer!

Sekarang, kita tengok pula satu lagi dana iaitu Public Islamic Asia Dividend Fund. Ia telah di lancarkan pada Mei 2007 dengan harga seunit ialah RM0.25. Paras tertinggi yang telah dicapai ialah sekitar RM0.2830 seunit pada bulan Disember 2007. Jangan terkejut jika saya katakan, nilainya pada beberapa hari lepas ialah RM0.1987 seunit! Hari ini (22hb Julai ‘08) nilainya ialah RM0.2007 seunit!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada harga RM0.2830 seunit, nilainya pada hari ini ialah RM7,090 jer!

Apa yang hendak saya beritahu kepada anda ialah :

  • Tidak kira sama ada dana tersebut adalah yang terbaik dan hebat, ia tidak akan kekal terbaik!
  • Melabur di dalam Unit Amanah ini mempunyai risikonya juga. Jadi anda perlu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi! Ramai orang melakukan kesilapan kerana tidak menjual semasa harga tinggi..
  • Walaupun terdapat dana unit amanah baru yang muncul, tidak semestinya harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah. (Biasanya harga permulaan bagi seunit ialah RM0.2500).
  • Lakukan kajian dan analisis terlebih dahulu sebelum melabur di dalam Unit Amanah. Jangan bergantung semata-mata kepada agen sahaja..

Pesanan saya ialah, bertindaklah secara bijak. Jangan mengikut kata dan nasihat orang melainkan jika mereka benar-benar berjaya di dalam pelaburan Unit Amanah.

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Kenaikan Harga Beras | Pendapat Pembaca

9 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beras tempatan dan juga import yang naik secara mendadak. Ramai di kalangan kita merungut dan mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu dan tidak kurang juga menyalahkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barangan ini, tetapi apa yang saya mahu sampaikan ialah mengenai persediaan yang perlu anda lakukan sebagai rakyat Malaysia untuk menghadapi masalah seperti ini.

Sebenarnya saya sendiri telah mengeluarkan sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” sejak bulan Januari 2008 yang lalu. Ebook ini adalah PERCUMA sahaja dan anda tidak perlu membayar sesen pun untuk mendapatkan ebook ini. :-)

KrisisWang.com

Alhamdulillah, dengan kelahiran ebook ini saya rasa bersyukur sangat kerana sedikit sebanyak dapat membantu segolongan daripada rakyat Malaysia cara bagaimana untuk berdepan dengan situasi krisis kewangan sebagaimana telah berlakunya krisis bekalan beras yang telah menjejaskan perbelanjaan harian kita.

Saya banyak menerima email dari para pembaca dan tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya mengenai ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini. Tidak kurang juga yang bercerita mengenai masalah masing-masing dan perubahan yang berlaku hasil dari intipati dan ilmu yang diperolehi daripada ebook ini.

Bukan saya mahu membanggakan diri, TIDAK! Tetapi saya cukup seronok kerana ebook ini dapat membantu ramai pembaca. Jika anda belum memiliki ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini, silalah ke laman web saya iaitu www.krisiswang.com.

Tips saya untuk anda pada hari ini ialah :

“Lakukanlah persediaan sebelum tibanya kesengsaraan. Contohilah Nabi Yusuf yang memerintahkan rakyatnya bercucuk tanam selama 7 tahun dan menyimpan sedikit dari hasilnya untuk keperluan semasa berlakunya kemarau yang dahsyat.”

Nabi Yusof sendiri menggalakkan umatnya menyimpan sedikit dari hasil yang diperolehi untuk kegunaan masa akan datang. Samalah halnya dengan saya dan anda juga yang perlu menyimpan sedikit wang gaji setiap bulan untuk keperluan masa akan datang. Jadikanlah peristiwa lepas sebagai pengajaran berguna untuk kita.

p/s : Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Anda Menabung Untuk Apa Sebenarnya??

24 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika di tanya soalan “Anda menabung untuk apa sebenarnya??”, sudah tentu ramai yang menjawab untuk masa depan dan anak-anak. Tapi apa tujuan yang sebenar-benarnya? Apa matlamat atau perkara yang mendesak anda untuk menabung??

Bagi anda yang tidak tahu atau sukar untuk menabung, sila baca post yang lepas iaitu “Kesilapan Menabung dan Panduan Menabung Wang”. Sekurang-kurangnya anda akan tersedar dan membetulkan cara tabungan anda yang mungkin salah selama ini. :-)

Baik, kita teruskan dengan tajuk kita pada hari ini….

Tujuan anda menabung secara umumnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda pada masa akan datang. Sepanjang anda menjalani kehidupan di dunia ini ada beberapa punca utama yang menyebabkan anda menyimpan. Berikut adalah jenis tabungan yang paling penting dan perlu anda sediakan :

  1. Tabungan kecemasan
  2. Tabungan persaraan
  3. Tabungan pendidikan anak-anak
  4. Tabungan pembelian rumah
  5. Tabungan pembelian kereta
  6. Tabungan perkahwinan (yang masih bujang)
  7. Tabungan sementara - untuk perbelanjaan bulanan

Saya telah menyenaraikan 7 jenis tabungan yang paling penting. Antara senarai tersebut, yang mana satukah telah anda sediakan? :-D

Saya pasti, tidak kesemua jenis tabungan dapat anda sediakan secara serentak. Namun begitu, anda boleh menyediakannya satu persatu mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Tetapi janganlah pula agak terlewat menyediakan tabungan tersebut.

Sebagai contoh, anda mahu menyediakan tabungan untuk pendidikan unitversiti anak-anak, tetapi mahu menunggu umur anak anda mencecah 15 tahun. Pada masa itu anda hanya mempunyai masa 2 tahun sahaja untuk menyediakan sejumlah wang tabungan yang besar. Ini akan memberikan tekanan kepada diri anda kelak.

Oleh itu, sebaik-baiknya mulakan tabungan dari awal seperti menyediakan tabungan pendidikan anak-anak seawal umur mereka 1 bulan lagi. Bukan setakat tabungan pendidikan sahaja, malah tabungan lain juga elok di mulakan dengan lebih awal. Ini akan memberikan keselesaan pada diri anda kelak.

Di harapkan dengan tips kali ini, anda akan dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu tabungan khas (di antara 7 senarai tadi) untuk masa depan dan kesenangan anda. ;-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb