Dana Unit Amanah Jatuh Teruk | Apa Dah Jadi??
25 07 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya terpaksa menulis post ini sekali lagi kerana post semalam yang saya tulis hilang macam tu jer.. Saya tidak pasti mengapa. Agak sedih juga kerana post tersebut panjang dan penuh dengan info yang anda perlu tahu.
Apa pun, saya cuba berusaha dengan sebaik mungkin. Sudah lama saya tidak postkan topik berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan. Hari ini saya akan bercerita mengenai pelaburan Dana Unit Amanah.
Tentu anda pernah mendengar Public Mutual bukan? Rata-rata ramai yangberminat melabur di dalam Public Mutual (Public Bank). Apa dana yang menarik? Salah satu dana terbaik oleh Public Mutual ialah Public Ittikal Fund.
Sedarkah anda, pada November 2007, Public Ittikal Fund ini telah mencapai paras tertinggi iaitu sekitar RM1.1300 seunit. Jika anda semak semula dana tersebut pada hari ini (22hb Julai ‘08), nilainya telah jatuh kepada RM0.8590 seunit! Kejatuhan yang agak mendadak!
Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada RM1.1300, nilainya pada hari ini ialah RM7,600 jer!
Sekarang, kita tengok pula satu lagi dana iaitu Public Islamic Asia Dividend Fund. Ia telah di lancarkan pada Mei 2007 dengan harga seunit ialah RM0.25. Paras tertinggi yang telah dicapai ialah sekitar RM0.2830 seunit pada bulan Disember 2007. Jangan terkejut jika saya katakan, nilainya pada beberapa hari lepas ialah RM0.1987 seunit! Hari ini (22hb Julai ‘08) nilainya ialah RM0.2007 seunit!
Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada harga RM0.2830 seunit, nilainya pada hari ini ialah RM7,090 jer!
Apa yang hendak saya beritahu kepada anda ialah :
- Tidak kira sama ada dana tersebut adalah yang terbaik dan hebat, ia tidak akan kekal terbaik!
- Melabur di dalam Unit Amanah ini mempunyai risikonya juga. Jadi anda perlu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi! Ramai orang melakukan kesilapan kerana tidak menjual semasa harga tinggi..
- Walaupun terdapat dana unit amanah baru yang muncul, tidak semestinya harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah. (Biasanya harga permulaan bagi seunit ialah RM0.2500).
- Lakukan kajian dan analisis terlebih dahulu sebelum melabur di dalam Unit Amanah. Jangan bergantung semata-mata kepada agen sahaja..
Pesanan saya ialah, bertindaklah secara bijak. Jangan mengikut kata dan nasihat orang melainkan jika mereka benar-benar berjaya di dalam pelaburan Unit Amanah.
Sekian,
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Buat Duit, Formula Kewangan Sihat, Pelaburan, Pengurusan Kewangan, Teknik Kekayaan, Tips Menyimpan, Unit Amanah


















Sebelum anda memilih mana-mana pelaburan saham yang anda inginkan, sila kaji terlebih dahulu tahap risiko yang boleh anda hadapi. Bandingkan tahap risiko dengan jumlah wang yang boleh anda laburkan. Pilih mana-mana saham yang baik dan berpotensi sesuai dengan profil risiko anda.
Tentu anda mengenali pakar pelaburan hartanah Malaysia En Azizi Ali yang digelar jutawan hartanah. 2 orang jutawan hartanah luar negara yang saya kagumi ialah Robert T. Kiyosaki dan Donald Trump. Masing-masing merupakan jutawan dalam pelaburan hartanah!












KOMEN SEMASA