Selamat Berpuasa | Langkah Berjimat Cermat
2 09 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali, saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan pengunjung blog PetuaJimatDuit.com. Hari ini telah masuk hari ke-2 umat Islam di seluruh dunia berpuasa.
Saya ingin berkongsi bersama-sama anda tips-tips berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini. Mungkin ramai yang akan berkata, bab-bab makan ni memang dah jimat dah.. maklumlah, siang tak makan apa pun.. Tetapi tanggapan ini silap!
Ya! Ini tidak mustahil. Jika bukan bulan puasa, sehari anda berbelanja untuk sarapan dan makan tengah hari lebih kurang RM10. Apabila tiba bulan puasa pula, anda berbelanja RM20 malah tidak mustahil lebih daripada itu kerana mahu berbuka di hotel-hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa.
Bukan setakat makanan sahaja, perbelanjaan lain seperti baju raya, kuih raya, langsir baru, perabot baru dan sebagainya semuanya di beli pada bulan Ramadhan. Ini menyebabkan ‘bajet lari’ yang akhirnya merana diri.
Maka dengan sebab itulah, anda perlu merancang perbelanjaan anda. Oleh kerana anda sudah pun tahu akan kedatangan bulan Ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka persediaan hendaklah di lakukan dengan lebih awal kerana umum mengetahui kebanyakkan harga barangan akan naik pada bulan Ramadhan.
Berikut beberapa tips mudah (walaupun mungkin di antaranya agak terlambat) :
- Tempahlah baju raya awal dan siap sebelum bulan puasa. (Harga kain lebih murah dan upah jahit pun lebih rendah).
- Jika mahu menukar perabot atau perhiasan dalaman, rancanglah terlebih dahulu mengikut keutamaan dan kepentingan. (Beli sikit-sikit pada tiap-tiap bulan sebelum tiba bulan Ramadhan)
- Ajak keluarga berbuka di masjid atau surau. (Kan free jer..)
- Masak sendiri juadah berbuka di rumah berbanding beli diluar.
- Kuih raya memang mahal! Kalau buat sendiri, kosnya lebih murah.
- Bertukar-tukar kuih raya dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Daripada 1 kuih, kini anda mempunyai pelbagai jenis kuih yang lain.
- Berilah duit raya setakat yang anda mampu. Jangan memaksa diri kerana pemberian duit raya adalah satu sedekah dan ia perlu ikhlas.
- Bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran tetangga. InsyaAllah jiran tetangga juga akan membalas juadah berbuka yang lain. (Jadi tak payah lah beli kat bazar..)
Tips-tips di atas adalah sebahagian sahaja. Anda boleh cari banyak lagi tips-tips lain di internet atau buku-buku mengenai pengurusan kewangan.
Satu perkara yang menarik mengenai bulan Ramadhan ini ialah, bulan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menambahkan pendapatan. Tidak kiralah apa yang anda jual, jika kena dengan permintaan dan harga yang berpatutan, anda boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
p/s : “Siakap gelama ikan duri, berbuka puasa bukan kenduri…”
Sekian,
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion
Categories : Buat Duit, Cari Duit, Pengurusan Kewangan, Tips Berbelanja, Tips Kewangan






























KOMEN SEMASA