Siapa Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Anda tentu tertanya-tanya siapa di sebalik blog PetuaJimatDuit.Com ini bukan? Saya merupakan insan biasa seperti anda tetapi mempunyai minat yang amat mendalam di dalam perniagaan internet dan pengurusan kewangan. Disebabkan itulah, saya telah membina blog sendiri untuk dikongsi bersama anda.

Baiklah, nama saya Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid. Boleh panggil saya dengan panggilan Dlie atau Encik Dlie. Saya akan gunakan “nicname” ini di dalam perniagaan online. Saya berasal dari Selangor dan menetap juga di negeri Selangor.
Sebenarnya saya sudah melibatkan diri di dalam perniagaan internet sejak awal tahun 2006. Malah, sudah pernah memperoleh pendapatan daripada internet melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh saya sendiri. (Tetapi tidaklah sehebat usahawan internet lain yang terkenal seperti saudara smartzul, saifulsham dan irfankhairi).
Minat saya di dalam pengurusan kewangan ini datang sewaktu saya mula-mula bekerja di bahagian kewangan (tempat kerja saya sekarang). Dari situ, saya mula membaca buku-buku berkaitan dengan perancangan, pengurusan kewangan, pelaburan dan pelbagai lagi buku yang berkaitan dengan kewangan, malah tidak terkecuali juga yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya perniagaan internet.
Saya berharap dengan wujudnya blog PetuaJimatDuit.Com ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca/pengunjung untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik selain menuju kepada kekukuhan ekonomi individu. Kira mantap gitu…
Diharapkan pembaca dapat terus memberikan sokongan untuk terus bersama-sama dengan saya, InsyaAllah.
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,
































KOMEN SEMASA